Tuesday, February 8, 2011

Siapakah Sahabat Kita?

Alhamdulillah..... 

Manusia hidup melalui proses,
Dari setitik air (AKU) menjadi segumpal darah..menjadi janin yang bersifat....bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, tua, sakit dan mati... 

Jika nabi mempunyai 4 sahabat..maka kita pun mempunyai "sahabat" juga...iaitu Mata, Telinga, Hidung, Mulut, Kaki dan Tangan..setiap hari iannya bersama dengan kita...Sahabat ini boleh membinasakan dan juga boleh mengamankan.....

Kelima-lima sahabat ini akan tertakluk pada "hukum" jika memakai proses kanak-kanak, remaja, dewasa dan tua tadi.......Namun dalam pencarian ilmu untuk kembali ke Tempat Asal ibarat kita "menghilir" dan "menghulu" sungai...... Menghilir adalah untuk kemajuan menghulu untuk sampai ke setitik air bagi kemajuan perjalanan "kerohanian"  dalam kehidupan manakala

Asal Mata itu buta tapi jaga (sewaktu bayi)...tidak terpengaruh kepada apa yang ada di sekeliling..tetapi bila iannya telah tahu membezakan warna dan rupa maka tertakluklah ianya kepada hukum 

Asal Telinga itu pekak tapi mendengar (sewaktu bayi)..
Tidak terpengaruh kepada suara dan bunyi...tetapi bila ianya telah tahu membezakan suara dan bunyi maka tertakluklah ianya kepada hukum 

Asal mulut itu bisu tapi bersuara (sewaktu bayi)....
Tidak pandai berkata-kata hanya tahu bersuara apabila perlu sahaja...tetapi bila telah tahu berkata-kata maka tertakluklah iannya kepada hukum.... 

Asal Hidung itu untuk bernafas sahaja.(sewaktu bayi)..
Tidak pandai membezakan bau..tetapi bila ianya telah tahu membezakan bau maka tertakluklah ianya kepada hukum... 

Asal kaki dan tangan itu tidak "mencapai" (sewaktu bayi)....
Tetapi bila ianya telah tahu baik dan buruk maka tertakluklah ianya kepada hukum.. 

Ketenangan akan timbul jika memakai sifat "Bayi" tersebut....dan dalam pencarian Ilmu Ketuhanan gunalah/jadilah "Kanak-Kanak" yang berakhlak. 

Ibarat sebatang pokok, jika terlalu banyak dahan/rantingnya maka akan menghilangkan "batangnya"...kerana dahan telah hampir sama besarnya dengan batang pokok itu maka teruslah iannya menganggap dahan itu adalah batang pokok.........untuk mengaji sehingga ke benih ianya bukanlah mudah seperti mana ungkapannya.... 


Alhamdulillah

Monday, February 7, 2011

Kata Nasihat

Aduhai kawan dengarlah ini
Janganlah suka meninggi diri
Nanti kawanmu menjadi benci
Kelak dirimu juga yang rugi
Ramailah orang menjadi lupa
Bila mendapat pangkat dan nama
Orang di bawah dipandang hina
Menyombong diri sentiasa megah
Jangan jangan bersikap begitu
Tuhan melarang itu
Seharusnya kitalah bersyukur
Diberi hidup makmur
Lagulah ini hanya hiburan
Juga panduan kawan dan rakan
Peduman hidup kita bersama
Kata nasihat inilah dia

by : Othman Hazmah 

Nasihat Sepanjang Zaman

Barangsiapa merasa cukup dengan apa yang telah diberikan Allah, maka dia kaya.
Barangsiapa suka memandang harta orang lain, dia akan mati miskin.
Barangsiapa tidak redha (tidak rela) dengan apa yang telah diberikan Allah kepadanya, maka dia telah menentang keputusanNya (qadha’Nya)
Barangsiapa memandang remeh kesalahannya, maka dia akan memandang besar kesalahan orang lain.
Barangsiapa memandang besar kesalahannya, maka dia akan memandang remeh kesalahan orang lain.
Barangsiapa membuka aib orang lain, maka aib keturunannya akan tersingkap.
Barangsiapa menggali lubang untuk mencelakakan saudaranya, maka dia sendiri akan terjerumus ke dalamnya.
Barangsiapa bergaul dengan ulama, maka dia akan dimuliakan.
Barangsiapa memasuki tempat-tempat biasa dikunjungi orang-orang bodoh, maka dia akan direndahkan.
Dan barangsiapa memasuki tempat-tempat kemaksiatan, maka dia akan dituduh berbuat maksiat.

Siapakah Orang Yang Berakal?

Orang yang berakal ialah orang yang mengetahui dan menyedari bahawa kehidupan dunia tidak digunakan untuk bersenang-senang, kerana itu dia amat berhati-hati dalam menggunakan dan memanfaatkan masa dalam setiap kesempatan.

S.a.h.a.b.a.t. .L.a.g.e.n.d.a